Monday 27 June 2011


SIAPA SEBENARNYA YANG DITUJUKAN OLEH FIZZ FAIRUZ INI

Tak habis lagi cerita pasal Iqram dan Fasha Sandha, lantaran 'amukkan' Fasha didalam twitter malam semalam, alih-alih Sensasi kebabomm terlihat satu lagi status twitter yang tidak kurang hangatnya.



Kali ini, twitter milik pelakon Fizz Fairuz pula seakan menyampaikan tentang perihal seorang pelakon yang buat hal sewaktu dilokasi.

Apa yang boleh  tafsirkan, mungkin Fizz seakan sedang memarahi seorang pelakon yang tidak datang ke lokasi dan kesalahan itu ibaratnya seperti sudah pernah dilakukan.Kalau tak silap Fizz sekarang sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri,Stanza Cinta bersama Aaron Aziz dan Fathia.

Dan kalau tak silap Fathia pernah dilabelkan bermasalah sewaktu di set penggambaran Stanza Cinta kerana datang lambat dan tidak hadir ke lokasi sehingga menyebabkan beberapa pelakon senior terpaksa menunggunya lama.

Tapi adakah orang yang dimaksudkan Fizz ini adalah orang yang sama?? Adakah Fathia sekali lagi mengulangi kesilapannya??

Kalau benarlah Fathia juga orangnya, ternyata dia telah melakukan kesilapan yang besar, kerana mengulangi perkara yang sama dan menyebabkan orang ramai mempertikaikan tahap profesionalnya sebagai pelakon.

Dan sekiranya bukan, siapa pula yer yang berani menimbulkan kemarahan pada Fizz Fairuz ini? nanti cuba risik-risikkan yer..


Majlis Cukur Jambul anak Sazzy Falak

Pada 26 Jun 2011, Bertempat di rumah keluarganya, Sazzy Falak dan suami, Nazril Idrus telah mengadakan majlis cukur jambul buat anak kembar kesayangan mereka, Imaan Lily dan Tiara Rose yang dilahirkan 28 April.






Majlis yang dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak diadakan dengan serba ringkas tetapi penuh istimewa. Teman baik Sazzy, Aishah Sinclair turut hadir bersama anak perempuannya, Soraya Ann.




Sumber : http://www.qimie.com/blog/hiburan/gambar/gambar-majlis-cukur-jambul-anak-sazzy-falak